Tuesday, December 29, 2009

Kemalangan Bas Dua Tingkat berhampiran Tol Jelapang - KEMATIAN BERPUNCA DARI PEMBAHAGI JALAN YANG BARU DIBINA MENUSUK PENUMPANG

Cuba baca dan perhati gambar-gambar ni... lepas tu caba komen kat bawah sekali....






Datuk Suret Singh melihat keadaan bas ekspres dua tingkat yang mengakibatkan 10 maut selepas mengadakan sidang media di IPD Ipoh, hari ini. – Gambar:Mohd Najib Mohd Nor

Terkini

Ahad Disember 27, 2009
Sani Express Sedia Pampasan Untuk Keluarga Mangsa Kemalangan

KUALA LUMPUR: Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, awal pagi tadi, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Abu Bakar Mohammad ketika dihubungiberkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas buat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagitujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Katanya bas dua tingkat milik syrikat itu yang membawa 48 penumpang beradadalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor padapukul 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

“Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci hadkelajuannnya pada 97 km/j dengan menggunakan alat khas yang dinamakan ‘SpeedLimiter’,” katanya.

Abu Bakar berkata dengan menggunakan alat itu pemandu tidak boleh memandumelebihi had kelajuan yang ditetapkan atau mengubah alat terbabit untuk menambah kelajuan.

“Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelumkemalangan adalah 91 km sejam,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil syarikat terhadap pemandu basyang didakwa terlelap, beliau berkata tindakan susulan akan dibuat setelahlaporan daripada polis berhubung punca sebenar kejadian diperolehi.

“Tindakan selepas ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Jadi kenatunggu laporan (polis) itu dahulu,” katanya.

Menurut Abu Bakar operasi bas milik syarikat itu juga masih berjalan sepertibiasa.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Expressmaut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas ituterbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara. -BERNAMA
Pemandu bas mengaku terlelap


BAS ekspres dua tingkat Sani Express yang remuk tertusuk besi penghadang jalan dalam nahas yang mengorbankan 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) awal pagi semalam.
IPOH - Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam selepas dia mengaku terlelap ketika memandu bas ekspres dua tingkat Sani Express sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang awal pagi semalam.

Bas tersebut pada waktu itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan dari Klang ke Kangar sebelum merempuh besi penghadang jalan di laluan terus Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pukul 1 pagi semalam.


Dia memandu bas dengan nombor pendaftaran WSX 5101 itu sejak pukul 9 malam dari Klang dan menyambungnya semula selepas mereka berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Tapah.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak memberitahu, siasatan awal mendapati pemandu itu telah mengaku mengantuk dan terlelap semasa kejadian.

Kosmo.com.my


KAKITANGAN hospital membawa masuk sebahagian daripada 10 mayat mangsa kemalangan ke rumah mayat Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.
10 maut 2 cedera


IPOH, Dis 26 — Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express (gambar) terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Seramai 12 mangsa itu merupakan penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat.

Menurut Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak, mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

“Siti Munira pula telah menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka,” kata Abdullah. Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

“Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian. Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri…kanan sebelum kejadian,” dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 di Bukit Gantang dekat Taiping. — Bernama

KLANG:Anak kedua kepada pasangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan basekspres di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) hala utaradi Ipoh, Perak, awal hari ini, reda dengan pemergian kedua-dua ibubapanya.

Mohd Arif Andi Shaharin, 23, berkata, walaupun beliau danadik-beradiknya berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itusebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah.

Beliau tidak menyangka akan kejadian tersebut memandangkan bapanyaShaharin Mohd Nor, 61, sering berulang-alik ke utara atas urusan kerjadan ada kalanya ditemani oleh ibunya, Supiah Adam, 46.

Katanya, sehari sebelum kejadian, bapanya yang bekerja sebagaipemandu lori satu tan itu menyatakan untuk pergi ke Kuala Perlismenaiki bas atas urusan kerja untuk mengambil kenderaan tentera untukdibawa ke Pelabuhan Barat di sini dan mahu ibunya ikut sama.

“Saat ibu bapa saya naik bas itu di hentian bas di Seksyen 17 semalam, itulah saat terakhir saya melihat mereka. Kami reda akanpemergian kedua orang tua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya diTaman Setia di sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu adalah antara sepuluh penumpang yang mautapabila bas dua tingkat Sani Express yang dinaiki mereka terbabas danmelanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan(PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol IpohSelatan, awal pagi ini.

Dua orang lagi tercedera dengan seorang daripadanya parah dalam insiden itu

Selain Shaharin dan Supiah, dua lagi dari Selangor yang terkorbandalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman,22.

Menurut Mohd Arif, beliau bersama empat lagi adik beradiknya,Zuhairi, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, telah pergi keHospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebaik sahaja dimaklumkanmengenai kematian ibubapanya kira-kira jam 7 pagi tadi untuk menuntutjenazah mereka.

Sementara itu, rakan karib Shaharin, Zaiain Bedin, 34, berkata,sebelum kejadian, Allahyarham menunjukkan sedikit perbezaan dari segiperwatakannya apabila sering dilihat berpakaian kemas dengan wajah yangberseri-seri ke tempat kerja.

Sebelum ini katanya, Allahyarham Shaharin sering memakai pakaianseragam dan kali terakhir beliau menemui arwah itu pada Khamis lalu.

“Ketika itu, saya lihat Allahyarham ceria. Namun, saya tidakterfikir pula itu adalah kali terakhir saya menemui dan bercakapdengannya,” katanya.

Pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KampungJalan Kebun dekat Pandamaran di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Sementara itu, di Alor Setar, laporan menyatakan Ng Poh Ngoh,seorang lagi mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan baru sahajamenghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar yang baru menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut adik mangsa, Ng Poh Yoke, kakaknya ke Kuala Lumpur ditemaniadik bongsu mereka, Ng Kah Kit, 14, yang turut terbunuh dalamkemalangan itu, adalah pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah SinMin (Persendirian) di sini.

“Mereka tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik malah sangat ceriasemasa menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur pada 20 Disember lepas.

“Saya ada menegur kakak yang membawa selimut dan dia hanya menjawabmahu tidur sepanjang perjalanan,” kata Poh Yoke kepada pemberita semasaditemui di rumah keluarganya di taman tersebut. Poh Ngoh merupakan anaksulung daripada empat beradik. Bapanya, Ng Ching Beng, 47, ialahseorang peniaga barang hardware.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai nahas itu yang membabitkankakak dan adiknya daripada ibu angkatnya jam 10 pagi ini selepasmendengar berita mengenai kemalangan itu di radio.

Poh Yoke berkata, ibunya, Lim Siew Heok, 45, dan bapanya bertolak keIpoh dengan ditemani rakan lelaki kakaknya kira-kira jam 8 pagi initanpa memberitahu beliau.

“Kakak saya menghadiahkan seekor hamster pada hari jadi saya Ogoslepas dan saya akan menjaga hamster itu dengan baik kerana itu adalahpemberian terakhir beliau kepada saya,” kata Poh Yoke dalam nada sedihdan pilu.

Pelajar kejururawatan di Kolej Kejururawatan Jerantut, Pahang ituberkata, beliau terkilan kerana kakaknya itu sepatutnya menerima ijazahpada konvokesyen UUM tahun depan. – BERNAMA



Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor.

Menurutnya, kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

“Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.

Menurut beliau, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:

1. Noor Jismi Noordin (Kangar).

2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).

3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).

4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).

5. Shaharin Mohd Noor (Klang).

6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).

7. Supiah Adam (Klang).

8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).

9. Ng Kah Kit (Alor Setar).

- BERNAMA
Sabtu Disember 26, 2009





ARAH PERJALANAN BAS... CUBA PERHATIKAN, REMPUHAN PERTAMA BAS PADA PEMBAHAGI JALAN DI SEBELAH KANAN (PEMBAHAGI JALAN BINAAN LAMA) DAN KEMUDIAN BAS MEREMPUH PEMBAHAGI JALAN SEBELAH KIRI (PEMBAHAGI JALAN YANG BARU DIBINA... ORANG IPOH MESTI TAU.....)



Sumber: http://matlamat.com/blog/2009/12/bas-sani-epress-kemalangan-maut/#ixzz0b8HfngGd

KOMEN SAYA:

Bas Sani Ekspres nampaknya tak ada rekod buruk dan berdasarkan maklumat kat sini memang pihak Sani Ekspres jaga tahap keselamatan denagn terhadkan had kelajuan bas. Pemandu terlelap memang masalah yang selalu dihadapi banyak pemandu. Tapi persoalan penting kat sini, mcm mana pembahagi jalan yang baru dibuat boleh tercabut , tusuk penumpang menyebabkan kematian? Saya selalu guna jalan kawasan tu dan saya memang tau itu pembahagi jalan baru. Persoalan kat sini, pembinaan pembahagi jalan baru tu memang boleh dipertikai pasal sampai boleh tercabut tusuk penumpang. Pembahagi jalan belah kanan yang kena hentak dulu dengan bas tu adalah pembahagi jalan lama, ok je... sampai terhentak kat pembahagi jalan baru, langsung tercabut bunuh penumpang. Persoalan kat sini...
Betul ke pembinaan jalan dengan pembahagi jalan baru tu bersih dari rasush? mcm nak sama kes bina jambatan gantung dekat Sekolah Kuala Dipang je tarafnya.... Spesifikasi apa yang dipakai? Kos juta-juta, hasil kerja cap ayam ke? Hasilnya rakyat mati..... Kalau kat oversea, pembahagi jalan dibina penuh dengan cari-ciri keselamatan untuk pengguna jalanraya... tapi kat Malaysia lain pulak...
So... baca la doa sentiasa bila guna sistem jalan kat Malaysia pasal banyak perangkap samar yang diluar pengetahuan kita.... Masyaallah.... sedihnya keadaan negara kita ni... Bila la Malaysia nak berubah?

Monday, December 21, 2009

Konvensyen Blogger 2009 - anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat

Alhamdulillah... walaupun jauh dan terasa berat di hati pada awalnya hendak pergi, akhirnya aku sekeluarga sampai juga di konvensyen ini selepas kudengarkan berulang kali seni kata Lagu Tema PAS serta nasyid Jihad lain untuk menguatkan diriku tentang pentingnya Jihad Fisabilillah dalam hidup ini. Juga terima kasih pada abangku di Sentul yang sering menjadi tempat persinggahan kami apabila menjejakkan kaki ke bumi KL atau pun Selangor. Abangku ini jugalah yang sering menjadi pemandu arah kepada aku dan keluarga apabila tiba di KL atau pun di-mana mana saja wilayah Selangor.'

Sedikit gambar dari Konvensyen Blogger PAS 2009 buat tatapan pengunjung.


Ucaptama Presiden PAS:
"Harapan dan Cabaran buat Blogger"






Pembentangan kertas kerja dari Dr.Abu Hassan yang sangat berguna.


Ucapan dari Ustaz Ghani