Thursday, December 20, 2012

Pesanan buat Para Pencinta ISLAM!

Wahai para pencinta ISLAM sekalian!
Jika benar kalian benar-benar mencintai ISLAM, tegakkanlah ISLAM dalam dirimu, kemudian KELUARGAMU, kemudian MASYARAKAT sekitarmu, kemudian NEGARAMU! Binalah KECEMERLANGAN dalam semua lapangan hidupmu! Kerana dengan itu kau pasti mempunyai pelbagai peluang untuk menghulurkan bantuan sesama Umat! Bahkan kaupasti mampu menjadi penggerak dalam sebuah gerak kerja dakwah demi ISLAM!

Wednesday, December 19, 2012

Perjalanan Mengejar CITA-CITA selepas bergelar seorang isteri dan ibu

Sememangnya, sebagai seorang wanita yang berkahwin, ssesudah bergelar isteri dan terlebih sukar selepas bergelar ibu pula, BELAJAR SELEPAS BERKAHWIN dan MEMPUNYAI CAHAYA MATA itu tidak mudah. Kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan. Baik PELAJARAN, SUAMI, ANAK-ANAK dan URUSAN RUMAHTANGGA. Namun, jika kita sentiasa berfikiran positif. Memandang segalanya positif. Kita pasti tahu bahawa kita dijadikan di dunia oleh Allah Rabbuljalil sebagai Khalifah di muka bumi. Maka, sudah tentu kita mempunyai semua keupayaan untuk mengharungi dan mengatasi semua rintangan itu. Oleh itu, BERTENANG dan CARILAH JALAN PENYELESAIAN berpandukan ISLAM. InsyaAllah, semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan!

Tuesday, December 18, 2012

KEMATIAN - Bersediakah kita???

Kita sering sibuk dengan urusan kehidupan seharian dan seringkali terlupa di manakah tempat kita di akhirat kelak. Berbicara tentang KEMATIAN, kita mengakuinya, namun hakikatnya ADAKAH KITA TELAH BENAR-BENAR BERSEDIA? Bagi seorang isteri, bersediakah membuang ego diri memohon ampun dan maaf pada suami yang pemarah? Bagi yang sering melewatkan solat, sudah berubahkah diri anda menunaikan solat pada awal waktu setiap masa? Bagi seorang yang berkerjaya, sudah selesaikan tugas anda dengan sempurna dalam melaksanakan AMANAH? Banyak pertanyaan yang mesti kita tanya pada diri sendiri, agar kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dan sentiasa dalam keadaan BERSEDIA menghadapi KEMATIAN yang mungkin datang bila-bila masa!

Kehidupan selepas perkahwinan - Medan kehidupan yang sangat menguji tahap KESABARAN sebagai PENENTU KEBAHAGIAAN

Kehidupan selepas perkahwinan - Medan kehidupan yang sangat menguji tahap KESABARAN sebagai PENENTU KEBAHAGIAAN.


Sebuah rumahtangga. Terkadang saat bahagia, terkadang berduka. Berduka kerana banyak sebab. Ujian getir tapi acapkali dihadapi pasangan muda ialah sikap pasangan itu sendiri. Baik isteri atau suami, KESABARAN dalam memahami pasangan masing-masing MENENTUKAN KEBAHAGIAAN rumahtangga yang dibina. KESABARAN itu boleh dipupuk bilamana hati sentiasa mengingati perintah Tuhan yang Maha esa, Allah Rabbul Jalil.... Mencintai dan Mengasihi pasangan kerana itu dituntut Ilahi. Biar bagaimanapun sikap pasangan kita, belajarlah untuk BERSABAR dan MEMAHAMI dirinya. Kerana dengan itu REDHA ALLAH akan hadir dalam hidupmu. Jika yang kaulakukan itu kerana mengharapkan cinta Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. 

"Apabila seorang suami memandang isterinya dengan penuh kasih sayang, dan isterinya juga memandang suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang keduanya dengan pandangan penuh kasih sayang. Dan apabila para suami menggenggam tangan isteri mereka, dosa-dosa mereka akan keluar dari celah-celah jari mereka" - petikan dari buku "Isteriku... I Love You!".

Wahai para isteri, sekiranya engkau masih merasa kecewa dengan layanan suamimu di dunia ini. Pejamlah matamu, bayangkanlah layanan suamimu yang kauidamkan di syurga nanti! Kehidupan dunia ini tidak kekal. Ia hampir berakhir. Masa berlalu terlalu pantas. Kematian hampir tiba. TERUSKANLAH membina peribadi mulia dan jati dirimu yang mulia, kerana dengan itu, dirimu sentiasa berada dalam REDHA Allah, Tuhan yang Maha kuasa memberikan kebahagiaan kekal buat dirimu. Hanya Allah yang berkuasa mengubah segala-galanya!