Tuesday, December 18, 2012

Kehidupan selepas perkahwinan - Medan kehidupan yang sangat menguji tahap KESABARAN sebagai PENENTU KEBAHAGIAAN

Kehidupan selepas perkahwinan - Medan kehidupan yang sangat menguji tahap KESABARAN sebagai PENENTU KEBAHAGIAAN.


Sebuah rumahtangga. Terkadang saat bahagia, terkadang berduka. Berduka kerana banyak sebab. Ujian getir tapi acapkali dihadapi pasangan muda ialah sikap pasangan itu sendiri. Baik isteri atau suami, KESABARAN dalam memahami pasangan masing-masing MENENTUKAN KEBAHAGIAAN rumahtangga yang dibina. KESABARAN itu boleh dipupuk bilamana hati sentiasa mengingati perintah Tuhan yang Maha esa, Allah Rabbul Jalil.... Mencintai dan Mengasihi pasangan kerana itu dituntut Ilahi. Biar bagaimanapun sikap pasangan kita, belajarlah untuk BERSABAR dan MEMAHAMI dirinya. Kerana dengan itu REDHA ALLAH akan hadir dalam hidupmu. Jika yang kaulakukan itu kerana mengharapkan cinta Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. 

"Apabila seorang suami memandang isterinya dengan penuh kasih sayang, dan isterinya juga memandang suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang keduanya dengan pandangan penuh kasih sayang. Dan apabila para suami menggenggam tangan isteri mereka, dosa-dosa mereka akan keluar dari celah-celah jari mereka" - petikan dari buku "Isteriku... I Love You!".

Wahai para isteri, sekiranya engkau masih merasa kecewa dengan layanan suamimu di dunia ini. Pejamlah matamu, bayangkanlah layanan suamimu yang kauidamkan di syurga nanti! Kehidupan dunia ini tidak kekal. Ia hampir berakhir. Masa berlalu terlalu pantas. Kematian hampir tiba. TERUSKANLAH membina peribadi mulia dan jati dirimu yang mulia, kerana dengan itu, dirimu sentiasa berada dalam REDHA Allah, Tuhan yang Maha kuasa memberikan kebahagiaan kekal buat dirimu. Hanya Allah yang berkuasa mengubah segala-galanya! 


No comments:

Post a Comment